dunia yg sementara

AKU dan kehidupan

saje

Jumaat lepas pindah umah sewa ke Panji (jln nak ke pgkalan chepa tu).Skang dah duk umah sewa 3 org la plak.teringat balik mase zaman duk kat kl dulu…duk umah sewa ramai2.Umah sewa yg first kat Tmn Melewar-4 org,umah sewa kedua di sg cincin,gombak-5 org,umah sewa kat Puchong-5 org.

Mase awal2 sampai kelantan,duk sewa umah sorang2,konon nak privacy.lagipun dekat dgn tempat keje.Tapi setelah beberapa bulan duk sorang,terasa boring la plak.balik je umah terus menghadap tv atau radio.dah boring tgk tv,main PS2 plak.Kiranya balik umah xde communicate dgn sesape kecuali machine.

Akhirnya amik keputusan nak pindah gak,supaya bleh communicate dgn org lepas balik keje.terpikir gak,kalo ade pape hal emergency ke,sakit ke…bleh gak minta tolong kawan serumah.Duk umah sewa reramai ni best,jika kekewan kat umah tu ok.Tp kalo ade yg tak ok,tu yang sakit kepala tuh.Kwn umah aku skang ok,sorang tu org ganu(aku panggil abu je),n sorang lagi org ipoh(hisham).

hari ni adelah ym dgn bebudak plf,dapat la tau perkembangan kat sane.Sumenye berita yg menggembirakan;shyna dah start keje kat PNM,halim naik pangkat jd transcriber n kamarul plak dpt keje kat Subang (kena setup resource centre).Alhamdulillah,sampai gak rezeki diaorg. Moga diaorg sukses slalu.

Aku plak kat sini agak sibuk gak.Maklumlah backlog masih byk lagi nak kena abiskan.Kalo ikutkan hati nak aje aku dtg mlm n hujung minggu semata2 nak siapkan keje2 tuh.tp bila difikirkan,jd mcm xde life la plak,time cuti pun keje.

Minggu ni agak tensen gak psl kat level aku ni tgh buat wiring.nak ganti wire lame dgn yg baru.tambah tensen bila diaorg start gerudi sana sini (bising dan mggu kosentrasi keje),pastu panjat sana sini. aku harap cpt la siap keje diaorg tuh.Cuaca plak xbrape stabil kat sini,skejap ujan sekejap cerah.badan pun rase mcm nak demam.

Stelah 4 bulan keje kat sini,barulah aku sedar ttg rutin keje.Aku terfikir gak camne seseorang tu bleh buat rutin yg sama selama berpuluh tahun.Mmg memerlukan kesabaran yg tinggi.Adakah aku cukup sabar untuk menghadapi sume rutin tu?

November 28, 2006 Posted by | diari, Uncategorized | 10 Komen

Jawab salam dari non-Muslim

Sebenarnya,setiap manusia tu belajar tiap2 hari…samada secara langsung atau xlangsung.

Satu ketika mase kat opis di bulan pose,aku terdengar la staf bersembang sesama diaorg psl cara nak jawab salam dari non-Muslim (boleh thn gak staf kat library ni,selalu smbang benda dunia je tp ari tu berdiskusi agama plak).Di pertengahan diskusi,diaorg terkonfius tentang jawaban untuk slm non Muslim tu, salah seorang kata cara jwbnye ‘as-sham alaikum’..oleh kerana yg lain pun xtau jawapannye,so diaorg pun mengiyakan jelah. Kebetulan mase tu aku terpasang telinga mendengar diskusi diaorg. Terlintas kat fikiran aku bhw ustaz kat skolah dulu ajar jawab ‘as-saam alaikum’; bukannya ‘as-sham‘. lagi pun setahu aku ‘sham’ tu bermaksud matahari…takkan kita jawab ‘mataharilah ke atas kamu’ plak.

Tetiba aku pun menyampuk/mencelah utk membetulkan keadaan.Aku bgtau jawaban sebenarnya ‘as-saam alaikum'(celaka ke atas kamu)….pastu diaorg pun mengiyakan lah kata2 aku (diaorg mudah terima psl aku ex-uia kot).Tapi selepas tu aku rase xsedap ati le plak,takut maklumat aku bg tu xbetul/xtepat(sbgai pustakawan,kenalah beri maklumat yg tepat kpd user,btul tak?)..so aku pun check la beberapa website yang berkaitan dengan isu tersebut…namun aku xjumpa satu pun yg mengisahkan bahawa Nabi SAW menjawab cenggitu…Yang ada cuma beberapa kisah dan Hadith mengisahkan bahawa Nabi SAW just jawab ‘wa-alaikum’ (dan ke atas kamu).

Berdasarkan pembacaan sy,mmg ade satu kisah tentang kedatangan beberapa yahudi kepada Nabi dan memberi salam dgn berkata ‘as-saam alaika’, dan Nabi balas dgn ‘wa-alaikum’. Aishah yg kebetulan berada di situ bertanya kenapa Nabi tak balas dengan celaan yg lebih keras..pastu Nabi berkata kpd Aishah bhw Nabi telah menjawab setimpal dgn apa yg mereka ucapkan.Maksudnya,nabi akan membalas balik setimpal atas apa yang mereka ucapkan,jika mereka memberi salam kebaikan kpd kita maka kebaikan jugalah ke atas mereka; namun jika mereka memberi salam keburukan maka keburukan jugalah ke atas mereka.

“When you are greeted with a greeting, greet in return with what is better than it, or (at least) return it equally”[i] [al-Nisa’ 4:86]

In Saheeh al-Bukhaari it is narrated from Ibn ‘Umar (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:
“When the Jews greet you, they say, ‘Al-saam ‘alaykum (death be upon you),’ so say, ‘Wa ‘alayk (and also upon you).”

Anyway,apa yang sy nyatakan kat sini adalah berdasarkan pembacaan yg tak menyeluruh.So kalo kengkawan ade pandangan lain,silalah nyatakan demi kebaikan bersama.

Oktober 30, 2006 Posted by | diari, Uncategorized | 11 Komen

kembali ke blog

mmg dah lame sgt rasenye tak update blog nih, smpai kengkawan pun dah bising2.mgkin sibuk dgn keje.

skang ni dah masuk tiga bulan kat kelantan, bleh kata dah selesa skit duk kat sini (walaupun tak round abis lg satu kelantan). stkat ni,byk gak tempat dah pegi eg pengkalan chepa,pasir tumboh,ketereh dll.mase bulan pose byk gak berjalan,solat terawih kat masjid yg berbeza.buka pose plak hampir hari2 kat masjid (menjimatkan duit,tenaga dan sesuai utk org yg xreti msk mcm aku).

ade gak peristiwa menarik mase bulan pose hari tu:ade sehari tu mase nak berbuka kat masjid kbg krian dtglah sorang pakcik tua dgn pakaian lusuh dan sedikit tak terurus..pakcik tu dtg lewat skit(lebih kurang mase berbuka),pastu dia terus duduk depan aku.mase tu terdetik gak kat hati aku apsal la pakcik tu duduk depan aku walhal ade lg tempat lain. mase tu aku pun ade tersangka buruk kat pakcik tu memandangkan keadaan dia yg sebegitu (xterurus) disamping perasaan kesian.kebetulan mase berbuka tu aku dpt nasi bungkus dua,so lg satu tu ingat nak buat bersahur kat umah la.

lepas berbuka tu,terus la solat maghrib.abis je solat aku berniat nak balik umah sekejap sementara tunggu isyak.mase nak kuar masjid tu aku trnampak la pakcik tu duduk kat tangga masjid.Dgn sebab kesian kat pakcik tu,aku cdg nak bg je nasi bungkus aku (yg nak buat sahur) kat pakcik tu,smbil memikirkan bhw pakcik tu mesti xde makanan nak sahur.belum smpat aku nak kasi nasi kat pakcik tu,tetiba aku nampak kat tepi dia dah ade nasi bungkus lain rupanya….terus aku cancel nak bg nasi aku kat dia.Kemudian aku terus je turun tangga utk balik umah, tetiba pakcik tua tu panggil aku.pastu aku pun menghampiri pakcik tu & tak semena2 dia offer kuih sebungkus kat aku…katanya kuih lebih.aku pun amik la kuih tu dan bw balik..dlm perjalanan pulang tu,aku terfikir dan sedar bhw kita tak bleh sangka buruk kat org,dan jgn sangka org yg secara lahirnya xterurus tak mampu buat kebajikan utk org lain.Termalu plak aku kat pakcik tu.

Lebih memalukan lagi,mlm tu mase solat terawih pakcik tu ade skali. aku solat lapan rakaat je mlm tu,dlm perjalanan nak kuar saf tu,ternampak la pakcik tua tu masuk saf utk smbung solat terawih 20 rakaat. Double malu aku kat pakcik tuh.

selepas dr hari tu,aku dah tak nampak pakcik tu kat masjid kbg krian.mgkin Allah hantar pakcik tu utk bg pengajaran kat aku…

Oktober 29, 2006 Posted by | diari, Uncategorized | 2 Komen

unknown

“Do not be an apparent friend of Allah in open and a secrret enemy of Allah in private”

September 5, 2006 Posted by | quotes, Uncategorized | 2 Komen

Hamka pujangga Islam

Tajuk: Hamka pujangga Islam:kebanggaan rumpun melayu                     Penulis: H. Rusydi Hamka

Buku yg bagus untuk sesiapa yg berminat untuk mengenali tokoh ini dengan lebih mendalam. banyak perihal peribadi diceritakan dlm buku ini, lebih2 lagi ianya ditulis sendiri oleh anak kedua buya Hamka.

memang tidak dapat dinafikan tentang peranan  penting yg dimainkan oleh Hamka dalam memartabat dan menjaga kesucian Islam terutama di Indonesia. Saya tertarik dgn semangat juang yg ditunjukkan beliau semasa hayatnya sehingga sanggup menyusahkan diri sendiri dan keluarga demi memartabatkan Islam.keperibadian beliau memang patut dicontohi oleh semua Muslim lebih2 lagi mereka yg bergelar ulama.

Ketika menjadi ketua majlis ulama,beliau dan majlis ulama menjadi ‘orang tengah’ yang menghubungkan rakyat Indonesia dan pemerintah berlandaskan nilai2 Islam. ‘Org tgh’ itu disifatkan oleh Hamka sbg kuih bingka yg dibakar dr bwh dan atas (Di atas adalah pemerintah dan dibwh adalah rakyat,walhal beliau/mjlis ulama yg berada di tgh2 dibakar).Di samping itu beliau menunjukkan keberanian untuk menegur pemimpin negara atas apa sahaja isu yg difikirkan perlu utk diperbetulkan.(bleh dikatakan mnjadi badan penasihat bagi pemerintah terutama dlm hal ehwal agama).

Kepimpinan beliau semasa menghadapi pengaruh Kristianisasi amat mmbanggakan selain kesabaran beliau ketika dipenjarakan oleh Sukarno (Orde Lama).Keikhlasan beliau dalam membangunkan Islam terpancar dari tingkah lakunya….byk perkara yg bleh dicontohi drpd sikap dan pendirian beliau.

“Saya rasa tidak ada kita yang menyesal.Sebab semuanya ini adalah pengalaman.Dan pengalaman adalah ilmu yang paling tinggi dan paling berharga untuk kita melangkah seterusnya.”  -HAMKA.

Ogos 24, 2006 Posted by | buku, Uncategorized | 4 Komen

Education

Sormunen,C.(2003).Terminology for allied health professionals.New York:Thomson Delmar Learning.[p 1]

“Education isn’t something you’ve had; it’s something you’re always getting”.

                                                                                                             Franklin P. Jones

Ogos 16, 2006 Posted by | quotes, Uncategorized | 1 Komen

Hamka & maruah

H.Rusydi Hamka(2002).Hamka pujangga Islam:Kebanggaan rumpun Melayu.Shah Alam,Selangor:Pustaka Dini.[p 117]

Muru’ah yang dimaksud oleh Buya Hamka iaitu menjaga martabat dan harga diri.Untuk itu dimulai dengan menilik kekurangan2 diri sendiri.Kemudian berusaha menyempurnakan kekurangan itu dengan menambah ilmu dan pergaulan sedalam  dan seluas mungkin.Tidak pernah merasa puas.

“Kalau pada suatu saat kita merasa sudah cukup,itulah alamat akan berhenti”.

Dan sekali-kali jangan merendahkan diri di hadapan orang lain, sebab bila kita sendiri yang merendahkan martabat di hadapan orang, jangan harap orang atau masyarakat akan menghargai kita.

Ogos 16, 2006 Posted by | quotes, Uncategorized | 1 Komen

US dan Israel

genap sebulan keganasan yg berlarutan di bumi Lubnan (disamping kekejaman di Palestin).Walaupun aku tak tahu secara terperinci ttg keadaan sebenar kat sana,namun gambaran yg diberikan oleh media tempatan sedikit sebanyak membantu.

mlm tadi ade diskusi ttg ‘siapa guna siapa’ dlm isu US dan israel.byk pandangan diberikan oleh masyarakat malaysia,yg mana kebanyakannya menuding kepada perpaduan yg tak wujud di kalangan negara Islam.Tetamu jemputan menyatakan bhw salah satu cara menangani isu tersebut ialah dengan munculnya seorang pemimpin yg mampu menyatukan seluruh umat Islam (paling kurang di kalangan negara2 arab).Org yg dicadangkan ialah Ahmadenijad (Iran),sbb beliau berani dan lantang menentang israel dan US….pandangan aku,US dan israel saling memerlukan untuk memnuhi agenda masing2.

baru2 ni keluar plak isu rancangan pengeboman pesawat dr UK ke US.Suspek telah ditahan dan akaun bank mereka dibekukan…seperti yg dijangka suspek2 yg ditahan adalah orang Islam.Macam kebetulan plak sume isu tu.Namun,rata2 manusia yg waras dan rasional dpt merasakan ada sesuatu yg tidak kena.Isu pengeboman itu diandaikan sengaja digemburkan untuk mengalih perhatian dunia terhadap kekejaman israel.Bg aku,mmg sikap US dan israel yg suka memanipulasi isu mggunakan media massa yg dikuasai mereka (di samping menimbulkan istilah2 baru demi kepentingan mereka,eg terroris).US dan israel mmg tak bleh dipercayai langsung dlm semua isu.

Yg pasti,US dan israel (termasuk sekutu mereka) mmpunyai hasrat masing2,dan mereka saling bekerjasama untuk memenuhi impian mereka.Apa kata kita (umat islam) plak bekerjasama untuk menghancurkan mereka?

p/s sekadar pandangan…

Ogos 14, 2006 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

jutawan dari planet jupiter

Tajuk: Jutawan dari planet jupiter                  Author: Azizi Ali

Ramai kengkawan yg tengok aku bc buku ni mula2 dulu ingat aku nak jadi kaya melalui perniagaan..maklumlah diaorg tengok tajuk dia aje ‘jutawan’,dan yg tergambar ialah camne nak jadi kaya raya.Tp sebenarnya ia mengajar kita untuk mengurus kewangan secara bijak dan teratur:)

Mmg best baca buku nih,lebih kurang seminggu aku baca.Kupasan menarik dan penggunaan perkataan dan perumpamaan yg mudah difahami oleh sume golongan (xde lah mcm setengah buku yg berbahasa tinggi dan berbunga).Azizi Ali, penulisnya adalh seorang pilot,penceramah motivasi dan penulis.

nasihat yg diberi berbentuk realiti yg berkait dgn kehidupan kita seharian.daripada dpt gaji sehinggalah cara bijak untuk gunakan duit.Diantara perkara menarik yg dibincangkan ialah ttg mengupah diri sendiri.mmg kita patut reward diri sendiri setelah kita berusaha sebulan suntuk utk dpt gaji.justeru,kitalah yg patut jd org pertama diupah sebaik saja dpt gaji.peruntukkan satu nilai tetap yg disimpan utk diri sendiri (cadangan 10% drpd gaji).

disamping itu,sebahagian duit patut dirizabkan untuk tujuan kecemasan.dicadangkan nilai simpanan rizab tu menyamai nilai sara hidup antara 3 hingga 6 bulan (eg jika gaji 2000,rizab 6000 ke atas).

kat mana nak simpan sume duit tuh? penulis mencadangkan disimpan dlm bank yg menawarkan dividen yg tinggi(eg ASB dan Bank Rakyat).yelah,disamping menyimpan bleh gak menambah pendapatan tanpa perlu bersusah payah.

lagi satu,kalo ade hutang jelaskanklah dahulu sebelum gaji kita dibelanjakan ke tempat lain.maklumlah, hutang kita itu dikenakan faedah,bermaksud lagi lama kita berhutang maka lagi bertambah la faedahnya.cthnya mcm PTPTN 😦

byk lagi sebenarnya bimbingan dan nasihat kewangan yg diberikan dlm buku nih,tp xdpt la nak cite sume (kalo nak tau sume,beli la buku tu).kalo dpt amal sume nasihat yg diberi,mmg bleh jadi kaya (at least adalah simpanan skit kat bank).

p/s moga aku diberi kekuatan utk amal apa yg ada dlm buku tuh…..

Ogos 9, 2006 Posted by | buku, Uncategorized | 4 Komen

kelantan

hari ni dah masuk dua minggu di tempat keje baru.masih lagi dlm proses training.kekadang terasa dlm praktikal plak,anyhow memang pengalamn yg menarik dlm mmpelajari selok belok bidang librarianship (bhs melayu dia ape ntah,kepustakawanan kot).

library usm kampus kesihatan ni mmg best,psl staf xramai so dlm seminggu tu dah bleh kenal hmpir sume staf. cume pak guard je yg payah skit nak cam psl ramai sgt (pg td siap kena tanye dgn pak guard psl bw nasi bungkus msk library,dia ingat aku student).

overall staf kat sini sporting,drpd pegawai smpailah ke bwh.cume kena communicate dlm bhs kelate je psl 99% staf sini oghe kelate.xpelah bleh blajar bhs baru.awal2 ni kenalah belajar sesuaikan diri kat tmpat orang.abah n mak pesan kena pndai bw diri.bro nizam (lecturer uia)pesan spy senyum sokmo,mesra dan jage solat.

yang lucunya,spnjg duduk kat sini jarang dpt jumpa nasi putih. hampir hari2 makan nasi kerabu (favourite kawe nasi kerabu+ayam bakar).alhamdulillah harga makanan kat sini murah giler (nasi+ayam+sayur=rm2-2.50)….kalo kat kl confirm rm4 ke atas.

skang ddk sewa rumah sorang2 kat kbg kerian (dekat je dgn HUSM).awal2 hari tu jln kaki je pegi keje (10 min).bila moto dah smpai otomatik jd malas nak jln kaki.walaupun boring ddk sorang,tapi ade gak kebaikannya…psl kalo family or kekawan dtg kelate bleh la diaorg ddk umah aku.awal2 ni mmg boring psl xbiasa ddk sorang,tambahan pula umah tu xde mende….bila dah lengkap aksesori nnti oklah (rase mcm nak beli PS2 je).

byk lagi tmpat menarik yg xexplore di klntan nih….jadikan pengalamn yg xdpt dilupakan.

Ogos 7, 2006 Posted by | diari, Uncategorized | Tinggalkan komen